Cara membuat Daging Dendeng yang lengkap dengan mudah sekali!

Cara membuat Daging Dendeng yang lengkap dengan mudah sekali. Kami kongsikan kepada anda resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Qasih Jue Aisya. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 kg Daging – potong nipis.

Bahan A:

  • 1 labu bawang besar.
  • 4 biji bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • Semua bahan diatas di mayang halus.

Bahan B:

  • 2 batang serai.
  • 3 helai daun limau purut.
  • Kulit kayu manis & bunga lawang.
  • 1 senduk cili blend.
  • 1/2 cawan kicap kipas udang.
  • Sedikit air asam jawa & air rebusan daging.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Daging potong nipis kemudian rebus. Bila dah lembut ambil anak lesung, tumbuk satu-satu hirisan daging.
  2. Goreng daging yang dah siap ditumbuk tadi sebentar. Jangan terlalu lama nanti daging keras, letak tepi.
  3. Tumis bahan A sampai kekuningan @ garing kemudian angkat.
  4. Guna minyak yang sama tadi tumis bahan B serai, bunga lawang & kulit kayu manis.
  5. Bila dah wangi masukkan cili blend dan sedikit air rebusan daging masak sampai terbit minyak. Masukkan kicap, air asam jawa daging, gula & garam.
  6. Kemudian masukkan Bahan A yang di goreng tadi. Kacau sehingga masak.
Baca juga :  Resepi Ayam Percik Simple Guna Oven Sahaja. Kesedapan yang memang dijamin padu!

Dah siap. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.