Cara untuk membuat Acar Ikan Masin. Menu sampingan yang membangkitkan selera anda sekeluarga!

Alhamdulillah. Siap sudah masak acar ikan masin ni. Nak beli sebotol kecik aje dah RM18. Selalunya tak tahan lama acar ni, cepat habis! Ini buat kononnya untuk bersahur. Kalau nak cuba macam yang saya buat ada resepi dibawah. Silakan share resepi kalau suka. Semua sukatan adalah anggaran saya ye. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Ereen Hadi. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan masin ~200gm (ikan talang/ kurau/ malong) rendam dulu sekejap untuk hilangkan lebihan masin.
  • Lobak asin ~100gm potong kecil-kecil.
  • Bawang merah 8 biji.
  • Bawang putih 5 ulas.
  • Halia dihiris memanjang.
  • Cili padi 20 biji.
  • Kismis (raisin).
  • Buah pala kering dan Jeruk buah salak (tambahan jika suka).
Baca juga :  Resepi Mee Berkuah Padu yang menyelerakan dan mudah untuk disediakan

Bahan-bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar.
  • 4 ulas bawang putih.
  • Cili kering yg sudah diblend, dalam 3 sudu besar.
  • 1 sudu besar serbuk kari daging.
  • Cuka 1 1/2 cawan.
  • Gula 1 1/2 cawan.
  • Garam jika perlu.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Rendamkan bawang merah, bawang putih (kedua-duanya dibelah 2 atau 3) dan halia (hiris memanjang) didalam cuka. Saya tak tambah air dan biarkan sekejap.
  2. Sementara itu, gorengkan ikan masin yang telah direndam dan ditoskan. Goreng sehingga garing sedikit dan angkat.
  3. Dengan minyak yang sama, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili boh yang telah dikisarkan kesemuanya sehingga naik minyak.
  4. Masukkan 1 sudu besar serbuk kari daging dan tumiskan lagi sehingga naik minyak. Setelah naik minyak, masukkan bahan-bahan yang telah direndam dengan cuka tadi. Masukkan cuka-cuka sekali dengan bahan rendaman tadi.
  5. Imbangkan masam cuka dengan gula. Saya gunakan gula merah. Kalau nak guna gula putih pun boleh.
  6. Setelah itu masukkan cili padi, kismis dan lobak asin dan kacau sebentar. Masukkan sekali ikan masin. Kacau dengan api perlahan sehingga pekat dan likat.
  7. Akhir sekali, perasakan garam (jika perlu), manis gula dan kemasaman cuka lauk ini.
Baca juga :  Resepi Aiskrim Milo 3 Bahan

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.