Cara untuk membuat Sup Perut Lembu Ringkas dan Sedap

Cheyah ke pasar hajat di hati nak mencari perut muda untuk buat air asam. Tapi takde rezeki dapat la perut ni. Belilah setengah kilogram untuk kita buat kuah sup petang ini. Jom tengok resepi paling ringkas cheyah buat sup perut lembu ni.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500gram perut (direbus sehingga empuk dan dipotong halus).
  • 4 biji bawang putih ditumbuk.
  • 2 cm halia ditumbuk.
  • 2 biji bawang merah dimayang.
  • Sup tulang adabi.
  • 2 biji cilierah diketuk.
  • Akar l ketumbar.
  • Garam gula secukup rasa.
  • Hiasan – Taugeh, daun ketumbar/sup, bawang goreng dan limau nipis.
Baca juga :  Resepi dan Cara Membuat Lontong yang enak dan mudah disediakan.

Cara penyediaannya:

  1. Tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus. Kemudian masukkan rempah ratus dalam sup tulang adabi. Masukkan bawang merah dan kacau sehingga ia garing.
  2. Bila dah kekuningan tu tambahkan air secukupnya. Cheyah guna secawan setengah je. Tambahkan perut lembut dan sedikit air rebusan.
  3. Kemudian, campakkan akar ketumbar dan sup bunjut yang dalam sup tulang tadi. Biarkan ia mendidih baru boleh masukkan gula dan garam.
  4. Last sekali campak cili jika ingin pedas dan dah boleh hidang. Letakkan bahan hiasan dah siap. Selamat mencuba!
Baca juga :  Cara untuk membuat Susu Pisang Smoothie yang sangat sedap dan berbaloi untuk diminum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.