Cara untuk membuat masakan Ikan Masin Kurau Cili Kering bersos Tiram yang sangat sedap.

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat masakan Ikan Masin Kurau Cili Kering bersos Tiram yang sangat sedap. Menu untuk berbuka puasa yang mudah disediakan dan pasti laku keras.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba. Jangan lupa sambal belacan ya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan Masin kurau 150 gram dicuci dan digoreng.
  • Bawang besar 1 biji di hiris.
  • Bawang Putih 4 ulas dibelah.
  • Halia 2cm dihiris.
  • Daun Kari 2 batang.
  • Cili Kering 5 batang dipotong.
  • Sos Tiram 2 sudu besar.
  • Gula 1 sudu besar.
  • Minyak masak secukupnya.
Baca juga :  Resepi Sambal Udang Petai. Makan dengan nasi panas memang tak sedar nasi habis!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak kemudian masukkan ikan masin dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari dan cili kering sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram dan garam kemudian gaulkan sehingga sebati. Seimbangkan rasanya.
  4. Masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi dan gaulkan rata dan sebati.
  5. Angkat dan siap untuk dihidang.

Selamat berbuka dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.