Cara-cara untuk membuat Ayam Masak Halia. Sedap sangat sambil-sambil boleh buang angin dalam badan!

Cara-cara untuk membuat Ayam Masak Halia. Sedap sangat sambil-sambil boleh buang angin dalam badan! Terima kasih diucapkan kepada Puan Akma Abdullah kerana berkongsi resepi sedap ini. Selamat mencuba.

Bahan-baham yang diperlukan adalah:

  • Ayam seekor.
  • Halia 3 inci dihiris panjang.
  • Bawang kecik 5 biji dihiris.
  • Bawang putih 4 ulas dihiris.
  • Bawang besar 2 biji dihiris bulat.
  • Sos tiram 4 sudu.
  • Kicap lemak manis 4 sudu atau agak-agak je nak bagi kuah warna hitam sikit.
  • Cili padi secukupnya.
  • Lada hitam sedikit.
  • Asam keping, Garam dan Gula secukupnya.

Cara untuk memasaknya:

  1. Ayam yang telah dibersihkan dilumur bersama dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng ayam tadi dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan halia dan bawang yang dihiris tadi.
  3. Kemudian, masukkan sos tiram dengan kicap dan masukkan sedikit air untuk kuah.
  4. Bila dah mendidih masukkan ayam goreng, bawang besar, gula, asam keping, lada hitam dan garam.
  5. Seimbangkan rasanya mengikut selera anda dan dah siap.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Hujan Panas dengan mudah

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.