Cara mudah untuk mencuci mesin basuh

Hari ni abang nak share cara mudah cuci drum mesin basuh. Tak perlu lagi korang nak buka drum lepas tu kena sental semua. Abang pun baru jumpa cara ni. Sebelum ni guna clorox je. Betul-betul ikut manual haha.

Bila tengok ada hitam-hitam yang keluar bila cuci baju, then maksudnya cara tu tak cukup bagus. Ingatkan nak buka drum tu kemudian sental. Tapi takut jadi macam tikus baiki radio. Maklumlah tangan keras. Korang boleh beli serbuk dalam gambar first tu. Nama penuh dia Power Max Wash Drum Cleaner. Kat kedai Cosway ada jual. Shopee pun ada. Kedai Eco RM2 pun ada. Jangan PM abang ya. Abang tak jual.

Baca juga :  Cara Turunkan Suhu Badan Bila Anak Demam Panas

Step-step nak cuci drum guna serbuk ni korang boleh baca di setiap gambar yang abang share.

Boleh beli kat Shoppe. Harga dalam RM20 tak silap. Jangan lupa claim voucher free shipping dulu

 

1 kotak tu ada 4 paket serbuk macam ni. Sekali cuci guna 1 paket je.

 

Korang pilih option 9: Tub Hygiene. Rasanya semua mesin basuh sekarang ada option tu.

 

Bila air dah paras-paras macam ni, terus tuang serbuk tu.

 

Lepas habis first round, mesin akan stop kejap untuk bagi serbuk tu bertindak dengan kotoran drum tu. Korang tengok je. Takyah tekan-tekan nak bagi stop ke apa. Tu memang setting Tube Hygiene. Masa nilah korang boleh main FB.

 

Tak lama lepas tu korang akan nampak kotoran hitam akan mula timbul. Waktu ni korang akan rasa wow gelinya haha. Dah lama benda tu berkampung.

 

Ni waktu lepas second round. Kadang-kadang dia tak boleh keluar 100% melalui air bilasan. Korang kena alurkan air untuk bantu kotoran tu keluar melalui hos.

 

Nilah rupa kotoran hitam dalam drum yang korang tak nampak. Nampak luar drum bersih berkilat je, sekali dalam..

 

Setiap round korang kena pausekan kejap mesin basuh untuk cuci filter. Kalau tak cuci, filter boleh block dengan kotoran hitam tu. Bila dah siap, abang suggest korang buat normal wash sekali tanpa ada baju untuk betul-betul buang segala kotoran yang masih tertinggal.

 

Digalakkan korang cuci drum mesin basuh ni sebulan sekali. Penting buat benda ni untuk elakkan penyakit berkaitan kulit. Lagi-lagi untuk orang yang kulitnya sensitif macam kanak-kanak. Korang boleh cuba ya.

#hamizanhalim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.