Cara Deep Cleaning Tilam Anda

Walau pun hari-hari tidur guna tilam tapi kita tak pernah pulak nak buat proses pembersihan. Iyalah mengenangkan tilam yang berat, takkan nak basuh pula kan.

Kalau bersihkan pun cuma kibas-kibas atau lap dengan air di tempat yang kot0r. Tapi boleh bersih ke macam tu?

Jika tilam di rumah dah bertahun tak dibersihkan boleh ikut langkah ‘deep cleaning’ tilam yang dikongsi oleh Syuhaidah Asmaa Khalid

Langkah ‘deep cleaning’ tilam:

Tilam ni tempat biak banyak kuman-kuman, kita habiskan masa secara puratanya 5-8 jam sehari atas tilam, so deep clean sangat perlu ok. Nak angkat tilam jemur memang tak larat tambah lagi kalau tilam tebal 12 inchi. Jadi boleh guna cara ni untuk buat deep clean mattress. Boleh buat dalam 4 bulan sekali atau bila ada family members yang demam atau sakit.

Baca juga :  Cara mudah untuk lembutkan daging beku

Cara :

1) Vacum tilam guna kepala vacum yg kecik muncung tirus (bukan untuk lantai).
2) Hilangkan kotoran pada tilam : terpulang la pakai cara apa pun. Saya lebih suka letak baking soda, sembur ngan cuka biarkan seketika, gosok denga kain (boleh skip step ni kalau tilam tak kotor).
3) Tabur baking soda biarkan dlm 4-6 jam untuk serap lembapan dan bau.
4) Vacum lebihan soda bikarbonat atas tilam.
5) Sembur dengan bancuhan dettol bersama air.


6) Anginkan tilam dengan buka semua tingkap. Dah siap!.

Baca juga :  Suka Makan Kulit Ayam Goreng Tapi Risau Lemak? Jom Cuba Kulit Ayam Crispy Guna Telur Sahaja!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.