Cara Lengkap untuk membuat Nasi Ulam yang popular. Jamah sekali pasti tambah lagi.

Kredit kepada Puan Ruby Yong Arshad untuk gambar diatas.

Kali ni kami nak kongsikan kepada ada menu wajib ada setiap kali di bulan Ramadhan. Jadi anda semua tak perlu tunggu bulan puasa baru dapat makan Nasi Ulam ni. Terima kasih kepada Puan Eyta Omar yang berkongsi cara untuk membuat Nasi Ulam ini. Siapa suka Nasi Ulam Kita Geng.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Nasi putih secukupnya.
  • Ikan Masin Talang secukupnya.
  • Kerisik. Saya buat sendiri, sangai kelapa parut sampai garing dan kisar halus.
  • Bunga kantan yang dihiris halus.
  • Ikan kembung dibakar dan di ambil isinya.
  • Lada hitam secukupnya.
  • Bawang merah kecil dihiris halus.
  • Serai dihiris halus.
  • Lengkuas diracik halus.
  • Halia diracik halus.
  • Ulam-ulaman seperti daun selom, daun kunyit, ulam raja, tenggek burung, daun kesom, pucuk mengkudu, bunga kantan, daun kaduk, pucuk gajus, daun limau purut, daun pegaga dan macam-macam lagi daun ulam-ulaman lain yang boleh didapati.
Baca juga :  Cara untuk membuat Daging Goreng Rangup (Crispy Beef) bersama Nasi Bawang yang akan buat anda terliur!

Cara-cara penyediaan:

  1. Cuci daun-daun ulam, keringkan dan potong sehalus mungkin.
  2. Bakar ikan talang masin tadi dan hancurkan.
  3. Potong halus-halus bawang, bunga kantan, lengkuas, halia dan serai.
  4. Tumbuk halus lada hitam bersama ikan kembung yg dah dibakar dan diambil isinya.
  5. Kemudian, semua ulam-ulaman daun-daun digaul dahulu dengan ikan talang masin, dan sedikit garam halus. Selepas sebati, baru digaul dengan nasi putih. Siap.

Selamat mencuba. Saya halalkan resepi yang diajar dari arwah ibu saya. Ilmu yang bermanfaat untuk dipanjangkan. Semoga sama-sama kita semua dapat merasa.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.