Resepi Bamboloni Lembut dan Gebu.

Resepi untuk membuat Bamboloni yang lembut dan gebu. Tengok gambar pun dah tau kan. Cubalah! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Norah Anizah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1/2 cawan susu segar (suam-suam kuku).
  • 2 sudu besar gula.
  • 1 sudu besar yis.
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 sudu kecil garam.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
  • 1 biji telur ayam.
  • 2 sudu besar mentega (sejuk).

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kacau gula dan yis di dalam susu segar dan biarkan sehingga yis kembang dan berbuih, lebih kurang 15-20 minit.
  2. Campurkan tepung dengan garam, esen vanila dan telur, pukul atau uli dengan tangan sehingga rata.
  3. Masukkan susu tadi kedalam adunan tepung, pukul atau uli sehingga sebati.
  4. Masukkan mentega sejuk ke dalam adunan dan pukul lagi atau uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
  5. Rehatkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 60 minit.
  6. Setelah kembang, leperkan adunan lebih kurang 1 cm dan tekap bulat.
  7. Biarkan doh kembang seketika.
  8. Panaskan minyak dan goreng doh tadi sehingga garing, minyak jangan terlalu panas kerana doh akan cepat rentung. Gunakan api sederhana kecil untuk menggoreng.
  9. Terbalikkan doh setelah sebelahnya garing, jangan terbalikkan banyak kali kerana ia akan menyerap minyak.
  10. Angkat dan biarkan ia sejuk seketika.
  11. Bila donut dah suam boleh golek-golekkan atas gula castor dan cinnamon, kemudian cucuk lubang dengan straw dan picit nutella dalam tu, siap.
Baca juga :  Resepi dan cara untuk membuat Agar-agar Pandan Santan yang paling sedap!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.