Cara untuk membuat Nue Nam tok @ Kerabu Daging Pedas Sedap

Saya nak bagi resepi Nue Nam Tok harini. Jemput la cuba ye. Insyaallah sedap. Nue Nam Tok @ Kerabu Daging Pedas. Cubalah. Terima kasih Puan Nora Azni.

Bahan-bahan untuk perap daging:

  • Daging segar untuk 3 orang makan.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 2 batang serai dipotong serong.
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar kicap manis.

Cara-cara untuk membuat bahan perap:

  1. Potong daging supaya senang nak panggang dan cepat masak.
  2. Campurkan bahan perap dengan daging. Gaulkan sebati dan biarkan dalam 1 jam. Kalau lagi lama perap lagi sedap.
  3. Lepas tu, panggang daging tadi sampai masak. Jangan lama sangat panggang. Hilang kesedapan dan jusnya nanti.
  4. Daging dah masak, angkat dan rehatkan sekejap baru potong.
Baca juga :  Resepi Kerabu Suhun penambah selera anda sekeluarga!

Bahan-bahan lain untuk ditambah bersama:

  • Daun ketumbar dan Daun pudina.
  • Kobis di hiris nipis.
  • 1 batang serai di acik.
  • 2 ulas bawang merah dipotong biasa.
  • 3 biji limau nipis diperah dan diamil jusnya sahaja.
  • 2 sudu besar chili flakes.
  • Sos ikan, Gula dan Garam.
  • 1 sudu besar beras yang dah digoreng dan ditumbuk.

Cara untuk membautnya:

Semua bahan di atas dicampur sekali dengan daging yang dah di panggang dan dipotong. Pastikan semua rasa dia cukup. Sedap, pedas, masam,manis dan fresh gitu. Senangkan nak buatnya. Cubalah! Jangan lupa SHARE ye.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.