Cara untuk membuat Susu Pisang Smoothie yang sangat sedap dan berbaloi untuk diminum.

Sekarang tengah viral susu pisang kan. Jadi kalau beli memang tak cukup satu sebab anak saya memang peminat tegar air pisang. Gigih membuat kat dapur dalam 5 minit maka terhasil lah susu pisang ni. Senyum sampai ke telinga Encik suami puji sedap!!

Jadi saya nak kongsikan kepada anda resepi susu pisang yang mudah. Cukup 1k like Encik Suami cakap nak bawa jalan zoo tengok monyet makan pisang. Terima kasih kepada Hanisah Hasbullah untuk resepi yang sangat mudah dan sedap ini.

Baca juga :  Cara untuk membuat Kerepek Pisang yang rangup. Sesuai sebagai snek dan kudapan anda sekeluarga.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 biji pisang/cavendish banana.
  • 2 cawan Susu segar.
  • 4 sudu kecil brown sugar. Boleh kurangkan atau lebihkan.
  • Esen perasa pisang 2 titik.
  • 2 gelas ais. Boleh lebihkan kalau suka.

Cara-cara untuk menyediakanya:

Pisang, susu segar, brown sugar, esen pisang, ais dimasukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga anda berpuas hati. Sesuaikan rasa dan jika berpuas hati, bolehlah berkongsi dengan ahli keluarga yang lain. Selamat mencuba. Mudah sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.