Cara untuk membuat Bancuhan Tepung untuk pisang goreng yang paling rangup dan tak serap minyak!

Kami nak kongsikan cara oleh Puan Mariana Zainal untuk membuat Bancuhan Tepung untuk pisang goreng yang paling rangup dan tak serap minyak! Guna batter ni pisang kalau goreng pagi sampai petang pun inshaAllah tetap rangup. Guna pisang yang dah lembek pun x serap minyak. Cuba tau!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum.
  • 3/4 cawan tepung beras.
  • 1 sudu besar gula.
  • Sedikit garam.
  • 1 sudu besar mentega.
  • 1/2 cawan minyak masak.
  • 1 3/4 cawan air.
  • Bijan dalam secubit dua. Tak letak pun tak apa.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sarapan yang mudah. Cekodok Pisang Rangup diluar dan lembut didalam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan semua bahan-bahan diatas didalam bekas yang sesuai.
  2. Kacau sebati guna whisk atau senduk.. Bila dah sebati boleh la mula menggoreng dengan mencelupkan pisang yang kita akan goreng nanti. Goreng je macam biasa.
  3. Guna api sederhana dan pastikan minyak dah panas terus goreng. Bila sebelah bahagian dah garing baru terbalikkan sebelah bahagian lagi. Angkat dan toskan.

Silakan Share dan selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.