Cara untuk membuat Ikan Siakap Masak Butter Lemon

Resepi Ikan Siakap Butter Lemon. Masa godek pinterest cheyah nampak gambar tilapia butter lemon. Tetiba terliur. Itu yang cheyah cuba guna ikan mana ada. Kebetulan ada sekor ikan siakap. Kita apa lagi terus masak saja.

Selamat mencuba! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ikan siakap (Nak slide isi je pun boleh).
  • 1 sudu besarbutter bukan majerin okey.
  • 1 sudu besar tepung jagung.
  • 1 sudu kecil lada hitam.
  • 1/2 cawan susu segar.
  • 1/2 sudu garam.
  • 1/2 biji lemon.
Baca juga :  Cara membuat Kuih Buah Melaka

Cara penyediaanya:

  1. Tumbuk dulu lada hitam dan juga garam. Gaulkan dengan ikan dan bakar gitu je.
  2. Cairkan butter dan masukkan tepung jagung. Boleh tambah susu segar. Kacau sebati.
  3. Baru masukkan air perahan lemon. Biarkan seketika kat situ.
  4. Ikan dah masak sepenuhnya, masukkan sos kita tadi dalam ikan. Gaul dan golek bagi sos meresap dalam ikan.
  5. Dah siap! Senang gila. Makan pun sedap juga. Trylah.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.