Resepi Biskut Nestum Rangup dan pasti laku dipagi raya nanti!

Hari ni saya nak share resepi BISKUT NESTUM mak mentua saya. Biskut ni mesti ada tiap kali raya. Biskut ni orang dulu-dulu je kenal kot. Orang sekarang tak tau la kenal ke tidak. Kalau sekali pandang, mesti org akan ingat biskut kelapa. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Aishah Hassan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kotak kecil cornflakes.
  • 1 tin kecil nestum.
  • 1 cawan penuh planta.
  • 6 sb madu.
  • 3/4 cup gula.

Mesti guna cawan yang sama untuk sukatan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Ramas cornflakes sampai hancur. Jangan terlalu halus. Nanti bile dah bakar, xdapat tekstur rangup tu.
  2. Campurkan cornflakes yang telah diramas tadi dengan nestum.
  3. Kacau smpai sebati Planta, Madu dan Gula. kacau guna senduk kayu ye. Jangan pakai wire whisk macam saya ye. Bila dah sebati, campurkan dalam nestum dan cornflakes tadi.
  4. Lepastu, gaul dengan tangan sampai nestum tadi tak bederai dan basah-basah. Andai kata masih nampak bederai dan kering, boleh tambahkan planta dan gula.
  5. Ambil adunan tadi dan tekan sampai padat. Kalau tak nanti bila keluarkan dari acuan dia akan bederai.
  6. Bakar dalam over suhu 180°c selama 6 minit menggunakan api atas dan bawah.
  7. Yeayyy, siap dah. Serbuk-serbuk yang jatuh-jatuh tu boleh campur balik dalam bancuhan tadi. Masukan balik je, boleh guna lagi.
Baca juga :  Resepi Ni Viral Kerana Kesedapannya. Jom Rasa Kuih Onde-onde berinti Coklat bersalut Nestum.

Kalau ada yang tak jadi pun, boleh campur jugak dalam bancuhan tadi. Gaul je balik dan tak membazirkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.