Resepi Kek Buah Kukus yang padu, lembut dan gebu. Sedapnya memang tak terkata.


Masa raya tak sempat nak buat. Di sebabkan hari ni cuti lagi maka terhasil la kek buah kukus. Boleh la untuk minum-minum atau sebagai kudapan nanti. Bagi yang nak resepi ada kat bawah ye. Terima kasih kepada Puan Nooraini Mohamed kerana berkongsi resepi hebat ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan mix fruit.
  • 1/2 cawan kismis.

Bahan-bahan ni direndam sekejap dalam air suam selama 3 hingga 4 minit. Toskan biar air kering kemudian campurkan dan gaul rata dengan sedikit tepung gandum. Ambil sedikit tepung gandum yang dari sukatan 4 cawan tu je. Biarkan seketika.

Bahan untuk diayak:

  • 4 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat.
  • 1 sudu kecil cream of tartar.
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis.

Bahan-bahan untuk buat karamel:

  • 2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air panas.
  • 250 gram butter.
Baca juga :  Cara untuk membuat Burnt Cheesecake yang gebu gedik dan paling sedap!

Kacau sampai gula hancur dan jadi karamel. Kemudian masukkan 1/2 cawan air panas dan dikacau sampai gula karamel tu cair lalu msukkan 250 gram butter dan kacau hingga sebati. Bila dah sebati matikan api dan biarkan karamel menjadi suam.

Bahan untuk dikisar:

  • 3 biji telur saiz A.
  • 1/4 cawan gula.
  • 1 sudu kecil vanilla.
  • 1 sudu kecil pes oren sunquick.

Mix telur dan gula hingga kembang kemudian masukkan vanilla dan pes oren sunquick kemudian mix lagi hingga sebati.

Langkah terakhir:

  1. Satukan lebihan tepung gandum dengan buah-buah tadi.
  2. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit kedalam karamel tadi. Kaup balik sampai sebati ye.
  3. Bila dah sebati boleh la masukkan kedalam adunan yang kita mix tadi. Kaup balik adunan sampai betul-betul sebati. Kemudian boleh la di kukus selama 2 hingga 3 jam.
Baca juga :  Resepi Kek Batik Mudah. Boleh ajak anak bantu hujung minggu ni!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.