Cara untuk membuat Paprik Ayam. Ringkas tapi pasti berebut nak makan bila dah rasa sekali. Sedap tau!

“Paprik Ayam” yang kita masak live* tadi. Silakan Resipinya. Saya tak letak sos tiram dan sos nampla sebab anak allergic. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Mariana Zainal. Terima kasih dan selamt mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Sedikit ayam. Saya ambil bahagian isi dan potong kecil.
  • 2 batang lobak merah danĀ 5 ketul putik jagung.
  • 3 – 4 batang kacang panjang dipotong dan 10 biji cili padi.
  • 4 sudu besar sos cili dan 2 sudu besar sos labu(jika tiada jangan letak).
  • 4 batang serai(diketuk).
  • 5-6 helai daun limau purut dicarik-carik.
  • Sedikit kicap manis.
  • 1 sudu besar gula dan 1 sudu teh garam.
  • Sedikit bahan perasa.
  • 2 1/2 senduk minyak masak untuk menumis.
  • 1/2 cawan air untuk kuahnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kepala Ikan masak Pindang Nanas. Rasa yang sangat padu dan terbaik!

Bahan-bahan kisar:

  • 10 tangkai cili kering dan 1 biji bawang besar.
  • 5 ulas bawang putih dan Sebesar ibu jari halia.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan masukkan serai. Goreng sehingga perang kemudian masukkan bahan kisar, gula, garam dan perasa.
  2. Tumis sehingga betul-betul naik minyak dan berubah warna. Kemudian, masukkan sos cili, sos labu(jika ada) dan kicap. Kacau lagi hingga semua kuah sebati. Seimbangkan rasanya ya.
  3. Kemudian, masukkan ayam dan daun limau purut. kacau sebati seterusnya masukkan sayuran dan cili padi.
  4. Akhir sekali masukkan air dan biar mendidih dan sesuaikan rasa lagi. Bila dah puas hari baru tutup api. Boleh dihidangkan dah lepas tu.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Lada Hitam. Mudah dan terlajak sedap.

Silakan Share dan selamat mencuba semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.