Cara lengkap untuk membuat Soto Ayam bersama Begedil dan Sambal Kicap

Kepada yang nak resepi ni saya karangkan untuk anda cara lengkap untuk membuat Soto Ayam bersama begedil dan sambal kicap yang sedap untuk anda semua cuba. Semoga bermanfaat resepi yang dikongikan oleh Fara Lome. Terima kasih. Resep ini adalah untuk 6 orang makan lebih kurang 2 liter air.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 inci lengkuas.
  • 1 inci halia.
  • 4 biji bawang merah besar.
  • 1 Ulas bawang putih.
  • 1 biji buah keras.

Kisarkan kesemua bahan diatas sekali sehingga hancur.

  • Ayam dipotong 4 untuk mudahkan dicarik-carik nanti.
  • 2 batang serai 2 batang diketuk.
  • Sedikit minyak untuk menumis.
  • Serbuk sup adabi. Kalau sepeket kecil tu hanya guna separuh.
  • Serbuk kurma adabi guna separuh juga.
  • 1 kiub ayam.
  • Akar daun sup dipotong dan dicuci bersih.
  •  2 liter air.

Cara untuk menyediakan dan memasak Soto:

  1. Tumiskan bahan kisar, serai dan akar daun sup sehingga naik bau dan betul-betul masak sehingga sedikit garing. Ini adalah untuk memasakkan bawang supaya tak rasa mentah didalam kuah nnti. Bila masak elok kuah akan menjadi wangi.
  2. Masukkan serbuk sup dan kurma. Kemudian, masukkan ayam. Agak-agak bila air ayam tadi dah hampir kering baru masukkan 2 liter air.
  3. Masukkan kiub ayam dan perasakan bersama gula dan garam. Renehkan sehingga ayam masak dengan elok. Angkat ayam dan toskan kemudian carik-carikkan isi ayam tu nanti.
  4. Siap dan ketepikan.
Baca juga :  Kalau makan kat kedai mesti sedap kan? Tapi jangan risau ini rahsia mudah untuk buat Daging Masak Merah paling sedap!

Bahan yang diperlukan untuk membuat Begedil kentang:

  • 6 hingga 6 biji kentang dibuang kulit dan dipotong kecil kemudian rebus hingga empuk. Lenyekkan kemudian masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat-bulatkan kemdian leperkan sedikit.
  • Sebiji Telur ayam.
  • Lada sulah dan garam secukup rasa.

Cara untuk menggoreng begedil:

  1. Pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. Godek laju supaya bila goreng nanti jadi macam bersarang.
  2. Cara untuk meggoreng begedil supaya tak hancur. Panaskan minyak agak-agak sehingga tenggelam separuh begedil je. Jangan penuh.
  3. Panaskan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas. Celup begedil dalam bancuhan telur dan goreng.
  4. Jangan rajin nak balik-balikkan selagi yang sebelah kena minyak tu tak garing dan kekuningan. Bila  dah garing baru balikkan ye. Kalau balikkan awal-awal begedil akan pecah.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Kek Coklat Moist Kukus. Anak-anak pasti memuji anda selepas merasai kesedapannya!

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.