Resepi begedil yang senang dan sedap dimakan. Tips menggoreng begedil agar tidak hancur.
– Goreng dengan minyak banyak
– Biarkan begedil beberapa minit sehingga garing
– Pukul telur sekadar sebatikan putih dan kuning
– Kuantiti bahan boleh disesuaikan
– Jika guna daging kisar, goreng separuh masak tanpa minyak terlebih dahulu
Diharapkan tips ini membantu anda dalam menyediakan begedil yang sempurna dan tidak hancur. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
- 10 kg kentang.
- Sekilo bawang besar (hiris halus).
- 350 gram daun sup (hiris halus).
- Sepaket bawang goreng.
- 2 paket lada burung (hiris halus).
- 2 paket ayam kisar 4 (toskan air ayam ni tau, tengok kat gambar).
- Garam secukup rasa.
Cara-cara:
- Rebus kentang sampai empuk. Semasa rebus, letakkan garam. Jika nak cepat empuk, potong kentang secara kecil-kecil.
- Toskan kentang dan lenyek semasa masih panas bersama-sama ayam kisar.
- Bila dah sekata, masukkan bawang, daun sup, cili padi dan gaul sekata. Jika rasa kurang, tambah garam secukupnya.
- Jika rasa doh agak lembap, boleh tambah bawang goreng. Gaul sekata. Bawang goreng berfungsi sebagai penyerap lembapan.
- Semua dah sekata bolehlah bulat-bulatkan doh jadi ketulan kecil seperti dalam gambar. Bentuk terpulang pada tukang gentel. Nak lonjong pun boleh.
- Untuk menggoreng pastikan minyak banyak supaya begedil tenggelam dalam minyak.
- Pukul sedikit telur. Celup ketulan doh tadi dalam telur dan goreng.
- Goreng sampai masak.
- Dah masak, angkat, toskan minyak.
- Sedia untuk dimakan.
Tips menggoreng supaya begedil tak hancur:
- Goreng dengan minyak yang banyak, pastikan doh tenggelam dalam minyak.
- Lepas letak biarkan beberapa minit sehingga garing baru balik-balikkan.
- Telur jangan pukul sampai berbuih, pukul sekadar nak sebatikan putih dan kuning telur sahaja.
- Jika pukul sampai berbuih atau terlalu lama minyak menggoreng akan cepat berbuih dan perlu ditukar banyak kali.
- Telur untuk salutan tak perlu letak garam.
- Kuantiti bahan boleh diejas mengikut kesesuaian.
- Jika guna daging kisar goreng separuh masak tanpa minyak dulu baru gaul dengan ubi kentang.
- Cili tu boleh je guna apa-apa cili pun.
Kredit resipi dan gambar: Nurul Afidah Omar, Roslinda Razak