Cara untuk membuat Bihun Soto yang laku keras termasuk resepi sambal kicap dan sup yang padu.


Resepi Bihun Soto so Beshhh dah datang ni. Sungguh cikgu nak bagitahu. Kalau buat jual mesti laku keras. Cikgu yang diet pun tak tahan dari menambah. Siap makan dua kali lagi lepas buka puasa. Sup cukup rasa rempah. Segala rencah untuk disatukan pun lengkap. Ada lagi rahsia lain. Cikgu pun baru cuba. Perghh betul-betul buat aroma soto lagi naik. Tengok dekat gambar cikgu tulis ya. Jom tengok resepinya.

Resepi ini adalah kepunyaan Puan Afy Al Habibi. Terima kasih.

RESEPI KUAH SUP:

  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan 3 sekawan, sebatang serai yang diketuk dan 1/2 biji bawang besar kuning. Diikuti bahan kisar; 1 biji bawang merah dan 1 ulas bawang putih. Kemudian, masukkan 3 sudu rempah sup Baba’s. Cikgu suka guna rempah ini. Lagi kick! Tumis sehingga garing.
  2. Masukkan secawan air terlebih dahulu. Kacau bahan tumis dan air menjadi sebati.
  3. Kemudian, masukkan beberapa ketul ayam. Seeloknya campurkan bahagian ayam yang bertulang dan isi dada. Biarkan seketika.
  4. Barulah masukkan air sebanyak 1 jag besar atau ikut banyak mana kuantiti kuah yang diperlukan.
  5. Selepas kuah sup mula mendidih, masukkan 1 kiub ayam Knorr dan garam secukup rasa. Guna api perlahan sahaja. Nak masukkan bebola daging pun boleh.
  6. Tutup api selepas kuah mendidih beberapa kali.. Siap untuk kuah soto yang super sedap!

ISI AYAM CARIK:

Keluarkan ayam. Tinggalkan bahagian ayam yang bertulang sahaja. Ayam yang dikeluarkan tadi bolehlah digoreng seketika. Carikkan.

Baca juga :  Kali ni anda mesti cuba resepi Bihun Goreng Limau Purut ni. Rasanya yang sedap seakan tom yam gitu!

RESEPI BIHUN KUNING:

Celur je bihun macam biasa. Dalam air tu, masukkan serbuk kunyit supaya warna bihun berubah menjadi kuning. Tutup api selepas bihun melembut. Toskan. Lalukan dekat air paip seketika. Toskan.

RESEPI IBU SAMBAL KICAP AWESOME:

  1. Bahan-bahan yang diperlukan; dua genggam cili padi hijau dan 5 ulas bawang putih.
  2. Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama; Goreng seketika dua bahan di atas. Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
  3. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
  4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa . Tambahkan juga secubit garam jika perlu.
  5. Kisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.

Cara hidangan ada cikgu selit dekat gambar dibawah beserta tips sayur yang rangup. Selamat mencuba.

Jangan lupa bahan pelengkap semua ni: sambal kicap meletopss, bawang goreng, suhun goreng dan serbuk lada sulah Siam (bila tambah satu dua renjis dalam mangkuk soto rasanya lagi naik). Cikgu lupa lah nak goreng kacang tanah sekali. Kalau masukkan sekali lengkaplah.

Haa ini rahsia penting cikgu nak bagitahu tadi. Cikgu tak guna daun sup. Sebaliknya cikgu ganti dengan daun ketumbar. Daun bawang sekali. Wahhh rasa sup lagi naik. Tak caya cubalah buat nanti. Sedapp sungguh jadinya.

Baca juga :  Jom kita masak Nasi Goreng Cina ni. Simple dan tak pedas sangat. Anak-anak pasti suka!

Tips cikgu nak bagitahu juga untuk taugeh dan sawi jadi rangup; Selepas dicelur seketika, rendam dalam air sejuk peti@ais sekejap untuk mematikan haba yang berbaki. Barulah toskan. Hasilnya nampak kan segar je sayur pelengkap cikgu tu.

Nak sedapkan lagi soto bukan setakat isi ayam je disediakan. Ada bahan-bahan di bawah makinlah bertambah kesedapan soto kita nanti: fishcake, fishball putih & kuning dan tauhu pok.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.