Resepi Rendang Tok Original Perak. Menu paling padu bagi merinduinya!

Menu petang ni. Biasa ni menu time raya je. Petang ni terlajak rajin merendang. Orang perak kena la tau masak rendang tok ni kan. Takpe, mula-mula buat memang la sini tak kena, situ tak kena. Practice make perfect. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Sharinaz Redwan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg daging – potong kiub, besar sikit.

Blend bahan basah:

  • 1 genggam cili kering – rebus, buang biji.
  • 3 biji bawang besar.
  • 7 ulas bawang putih.
  • 3 inci halia.
  • 3 inci lengkuas.
  • 2 inci kunyit hidup.
  • 4 batang serai.

Blend bahan kering (sangai kering dulu):

  • 4 biji buah keras.
  • 2 sb jintan manis.
  • 2 sb jintan putih.
  • 2 sb ketumbar.
  • 2 sb lada hitam.

Campurkan semua bahan blend basah dengan kering, masuk dalam daging, perap dalam sejam. Lagi lama lagi sedap daging nanti.

Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Pulut Kuning dengan mudah dan sedap. Digandingkan dengan rendang memang terbaiklah!

Bahan untuk tumis:

  • Sedikit minyak (siapa nak rendang dia naik minyak cantik, boleh lebihkan, naz guna dalam 3 sb je).
  • 1 batang kulit kayu manis.
  • 3 kuntum bunga lawang.
  • 5 biji buah pelaga.

Lepas tumis atas tu, masuk daging yang kita perap tadi & masukkan:

  • 1 bungkus kecil santan.
  • 5 sb kerisik.
  • 1/2 keping gula kabung – kalau nak manis lagi boleh tambah.
  • 1 keping asam keping.

Bolehlah merendang sampai kering dan daging empuk. Nak cepat masuk je dalam pressure cooker. Lepas daging empuk dalam pc tu, masak sekejap lagi untuk keringkan kuah mode saute.

Ok last sekali, boleh la masuk garam ikut citarasa masing. Nak masuk daun kunyit pun boleh. Ok siap. Sedap tau. Nanti cuba ok.

Baca juga :  Cara untuk membuat Menu Sarapan mudah iaitu Apam Lenggang berserta video lengkap. Cubalah!

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.