Resepi Sambal Kicap yang marbeles. Cicah je ape dengan sambal kicap ni automatik jadi padu!

Korang yang suka makan ikan goreng, tauhu goreng, atau tempe goreng tu tahu tak, betapa feel kalau dapat cicah dengan sambal kicap yang pedas berapi dan senang penyediaannya. Harini kami nak berkongsi resepi sambal kicap pedas berapi tu untuk simpanan yang tahan selama 1 bulan dengan syarat mesti simpan dalam peti ais ya.

Bahan – Bahan:

  • Segenggam Cili Api Merah
  • 1 Ulas bawang besar ( potong ikut suka )
  • 4 ulas bawang putih ( potong ikut suka )
  • 2 sudu gula
  • 1 sudu garam
  • 2sk bawang goreng ( ikut suka nak letak atau tidak )
  • air
  • minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, cili padi, bawang putih, masak hingga layu.
  2. Setelah layu, angkat dan toskan minyak.
  3. Kisar semua bahan yang telah digoreng tadi bersama gula,garam, dan bawang goreng. Masukkan juga kicap mengikut citarasa masing-masing.
  4. Ikut suka kalau nak cair, letakkan sedikit air, kalau nak pekat biarkan pati pekat tu sahaja.
  5. Panaskan kuali tadi terus masak semula atas api. Biarkan 2-3 minit hingga didih.
  6. Boleh hidangkan dengan ikan goreng panas-panas atau simpan dlam bekas kedap udara, dalam peti ais.
Baca juga :  Cara untuk membuat Popia Bergedil Sambal Kicap terbaik. Cicah-cicah habis!

Nota:
Sambal kicap ini juga boleh dijadikan sambal kicap pisang goreng dengan menambahkan sedikit air, supaya tidak terlalu pekat sangat sambal tu.

Boleh juga dijadikan sambal kicap untuk mee hoon sup, mee hoon goreng dan mee goreng atau makan dengan ikan goreng.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.