Cara untuk membuat Pizza mudah menggunakan Roti Roll-up Wraps Gardenia

Teringin nak makan pizza tapi kalau bab nak uli tepung tu alahai lecehnya. Nasib baik ada roti roll-up wraps ni boleh jugak buat pizza. Terima kasih kepada Puan Bella Shahbudin untuk resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Roti roll-up wraps Gardenia.
  • Sos pasta tomato.
  • Cendawan butang.
  • Lada Benggala.
  • Keju mozarella.
  • Sosej, Isi udang dan cili secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Sapukan sos pasta tomato di atas roti roll-up wraps gardenia tadi.
  2. Kemudian, taburkan kesemua bahan yang telah dipotong tadi diatas roti.
  3. Bakarkan menggunakan suhu 150°C selama 10 minit dan siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Resepi Daging Masak Malbari. Kelembutan dan kesedapan dalam setiap suapan!

Selamat mencuba! Jangan lupa tekan butang share tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.