Cara membuat Nasi Goreng Kampung yang Sedap dan Mudah disediakan.

Yuhuuuu. Rindu nak share resepi dekat korang ni. Breakfast tadi cheyah ketuk-ketuk kuali buat nasi goreng kampung campak-campak terus sedap sengoti. Ajommm kita layan cara buatnya yang simple begini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 mangkuk nasi putih.
  • Sejemput ikan bilis.
  • 1 ketul isi ayam potong dadu.
  • 1 biji bawang merah.
  • 4 ulas bawang putih.
  • 6-7 biji cili padi (cheyah guna cili hijau je).
  • 1/2 inci belacan (dibakar dulu).
  • 4-5 batang kangkung.
  • Secubit garam.
Baca juga :  Cara membuat Nasi Ayam Claypot

Cara penyediaannya:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
  2. Tumbuk semua bawang, cili padi dan belacan. Tumiskan guna minyak yang digoreng ikan bilis tadi.
  3. Dah garing, masukkan ayam. Goreng sehingga masak baru masukkan kangkung. Tambah secubit garam.
  4. Campak nasi putih. Gaul bagi sebati dan rasa pun sama. Baru taburkan ikan bilis yang digoreng tadi.
  5. Dah siap! Boleh makan dengan sambal belacan, timun, keropok dan telur mata.

Selamat mencuba.

Kredit gambat diatas kepada Puan Nurul Ateekah. Terima kasih.

Baca juga :  Cara membuat Sambal Telur Rebus Goreng

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.