Resepi Dendeng Daging Ringkas tapi berbaloi untuk dicuba. Percayalah ianya sangat berbaloi.

Kami nak kongsikan cara dan resepi untuk membuat menu Daging Dendeng yang sangat sedap ini. Menurut pemilik resepi ni Puan Rozmaliza Omar;

Kalau kt rumah semua ada daging, boleh buat DAGING DENDENG SIMPLE tapi kalau takder, boleh guna ayam cuma caranya sama seperti daging. Kita yang buat dia kan. Jadi kena la kreatif. Takder istilah rumah awak makan mewah, rumah saya makan biasa-baisa je. Telur sekali pun kalau pandai olah mewah jadinya. Jom la kita tengok resepinya pula.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg daging.
Baca juga :  Resepi Spageti Carbonara Creamy

Bahan yang perlu dimesin kasar:

  • 1 genggam cili kering direbus**.
  • 5 biji cili merah**.
  • 10 ulas bawang merah**.
  • 3 ulas bawang putih**.
  • 2 sudu besar gula.
  • 3 sudu besar kicap manis.
  • 3 sudu besar kicap masin.
  • Sedikit garam.
  • Air asam jawa.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Daging dibersih dan potong sebesar tiga jari tapi jangan nipis sangat. Kemudian gaulkan dengan kicap manis dan kicap masin. Rebus selama 15 minit. Angkat.
  2. Tumbuk daging dengan lesung hingga nipis dan lembut. Kemudian digoreng sekejap, angkat dan ketepikan.
  3. Kisar bahan-bahan bertanda ** tapi jangan lumat sangat. Kisar kasar-kasar.
  4. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan blend kasar tadi sehingga naik baunya. Masukkan garam, gula dan sedikit air asam jawa.
  5. Masukkan daging dan gaul hingga rata dan bersalut cantik. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Resepi Daging Masak Merah Terangkat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.