Resepi Nasi Goreng Tomyam Seafood. Resepi pasti laku keras!

Nasi Goreng tomyam kebiasaannya jual di waktu malam. Tapi kalau dah duduk rumah, bila-bila nak masak nasi goreng pun boleh. Makan pula dengan keropok…Krupp krapp. Resepi ni hidangan dia boleh untuk 4 hingga 5 orang makan.

Terima kasih kepada puan Nurul Ateekah kerana berkongsi resepi padu ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 400 gram nasi atau lebih kurang 4 cawan nasi.
  • 10-12 ekor udang bersaiz sederhana.
  • 1 paket perencah nasi goreng tomyam.
  • 2-3 ekor sotong bersaiz sederhana.
  • 3 batang kacang panjang dipotong kecil.
  • ½ batang lobak merah dipotong dadu.
  • ½ biji bawang merah dihiris.
  • 4 ulas bawang putih diketuk.
  • 1 batang serai dihiris tipis.
  • 1 batang cili merah atau cili padi 4 batang dihiris.
  • 2 helai Daun limau purut dihiris.
  • 2 sudu besar cili kisar.
  • 1 sudu besar Sos tiram.
  • 1 sudu besar Sos ikan.
  • Minyak masak secukupnya.
Baca juga :  Resepi Lengkap Nasi Lemak Utara bersama sambalnya yang terbaik. Buat setiap hari pun berbaloi!

Cara untuk memasaknya:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga keperangan atau naik bau dan masukkan bawang merah. Masak sehingga layu.
  2. Masukkan cili dan tumiskan sehingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan udang dan sotong. Kacau sebati dan biarkan ianya masak. Kemudian, masukkan telur dan masak sehingga garing.
  4. Masukkan serbuk tomyam, sos tiram. Gaul rata kesemuanya. Seimbangkan rasa tau.
  5. Akhir sekali, masukkan lobak merah, kacang panjang, daun limau purut, cili padi atau cili merah dan nasi. Gaul sehingga rata kesemua bahan yang dimasuk tadi dan masak sehingga sedikit berasap nasinya. Jangan hangus pulak ya.
  6. Bila dah puas hati rasa dan semuanya. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.