Gulai Ikan Tongkol sangat popular di Negeri Terengganu sebab ianya adalah lauk utama Nasi Dagang. Jom cuba buatnya!

Kami kat Ganu memang sinonim dengan rempah cap bunga ros ni. Nak-nak kalau buat gulai ikan untuk nasi dagang. Nah saya share resepi gulai ikan tongkol ikut cara saya ye. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Noor Hidayah Samah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan tongkol hitam. Rebus dengan garam, nisan kerek, asam keping & cuka sikit. Air tak perlu banyak.
  • Santan dari 1 biji kelapa.
  • Cili padi.
  • 2 sudu besar cili boh.
  • 1 sudu besar gula.
  • Nisan kerek.
  • Garam dan Gula secukupnya.
  • Rempah bunga ros (rempah masak & gulai).
  • *2 biji bawang besar.
  • *2 biji bawang putih.
  • *1 inci halia.
  • *1 inci kunyit hidup.
Baca juga :  Macamni Rupanya Cara Untuk Buat Ketupat Sotong Yang Sedap. Jom cuba!

Kisarkan bahan-bahan bertanda * dan ketepikan.

Cara-cara membuatnya:

  1. Tumiskan cili boh bersama gula hingga terbit bau. Masukkan dan masak bahan kisar dan masak hingga sikit kering.
  2. Bancuh rempah bunga ros dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk.Nisbah rempah gulai : rempah masak 2:1. Guna api slow je.
  3. Bila dah hampir kering, masukkan santan dan tunggu hingga mendidih. Kemudian perasakan dengan garam dan nisan kerek ikut selera masing-masing ye.
  4. Bila dah mendidih, masukkan ikan yang dah siap rebus tadi. Saya masukkan sekali asam keping dalam air rebusan ikan tadi dan Masak seketika.
  5. Bila dah masak, perlahankan api dapur dan masukkan cili padi & telur rebus (optional). Saya letak telur sebab anak-anak tak suka ikan tongkol.
  6. Renehkan kejap hingga terbit minyak. Tutup api dapur dan sedia dihidang.
Baca juga :  Resepi dan cara lengkap untuk membuat Nasi Dagang termasuk Gulai Ikan Tongkol / Ikan Aya dan Acar Sayur.

Gulai ni selalunya kami regu dengan nasi dagang/nasi kuning/pulut kuning/nasi putih. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.