Tips dan petua untuk membuat Ikan Bilis yang anda goreng agar kekal rangup.

Meh sini nak share tips ikan bilis goreng kekal rangup. Saya dah cuba banyak petua. Ternyata petua ni berkesan untuk diguna pakai. Petua ini telah dikongsikan oleh Puan Liza Idris.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

1. Cuci ikan bilis dan tapis bagi betul-betul kering. Kiranya sejam dua sebelum masak tu, cuci la siap-siap ye. Ada yang tak cuci tau sebab takut ikan bilis jadi liat. Tak bagus gini. Seeloknya cuci dulu.

2. Panaskan kuali tanpa minyak, goreng sikit atau sangai sekejap je.

3. Renjiskan cuka ikut keperluan.

4. Gaul cuka dan ikan bilis bagi mesra. Saya gaul pakai tangan. Air tangan seorang isteri untuk suami gitu. Nak gaul pakai kayu golf pun boleh je.

Baca juga :  Cara Buat Pekasam Daging ‘Homemade’, Hanya Guna Empat Bahan Sahaja

5. Panaskan minyak, biar betul-betul panas. Nak tahu panas atau tidak, boleh la celup jari tu. Kemudian, masuk ikan bilis yang dah gaul dengan cuka tadi.

6. Dah garing, toskan minyak. Siap dah ikan bilis goreng kita. Insha Allah Garing dan rangup.

Selamat mencuba semua.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.