Resepi Nasi Kerabu Goreng. Setiap suapan anda pasti menyelerakan!

Menu yang hadir setiap kali buat nasi kerabu, lebihan ulaman dan sambal ikan kelapa dijadikan bahan utama Nasi Goreng Kerabu. Sedap sangat tau. Anda semua kena cuba sendiri baru padu! Resepi ini telah dikongsikan oleh My Best Resepi. Selamat Mencuba.

Bahan-bahannya:

  • 1 mangkuk penuh Nasi putih sejuk.
  • 2 biji bawang besar dihiris halus.
  • 1 cawan sambal ikan kelapa.
  • Ulaman berdaun lebihan ulam Nasi kerabu.
  • Hirisan kobis panjang.
  • 2 biji telur.
  • 1/2 Sudu teh lada hitam ditumbuk halus.
  • 3 Sudu makan sos ikan.
  • Garam dan gula perang secukup rasa.
  • Maggie cukup rasa secukupnya.
  • Minyak masak untuk menumis.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nue Nam tok @ Kerabu Daging Pedas Sedap

Cara-cara membuatnya:

  1. Tumis bawang hingga sedikit keperangan.
  2. Masukkan Telur, kacau sehingga hancur.
  3. Masukkan sos ikan, garam, gula perang Dan Maggie cukup rasa. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan nasi kacau hingga rencah sebati dengan nasi.
  5. Masukkan ulaman, kobis, lada hitam dan sambal ikan kelapa. Kacau hingga sebati.
  6. Angkat, sedia untuk dihidang, hiaskan dengan hirisan cilipadi merah, keropok, ikan bilis goreng dan kacang panjang, sedia untuk dimakan.

Selamat Mencuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.