Cara buat Sushi Golden Ball yang memang sedap dan menjadi kegemaran anak-anak!

Cara buat Sushi Golden Ball yang memang sedap dan menjadi kegemaran anak-anak! Kalau pergi kedai Sushi Raja, anak makan telur ni aje berpinggan. Marilah buat kat rumah. Kat kedai sebiji 4.60 tau. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Joanna Johan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan dan cara untuk membuatnya:

  1. Crabstick potong kecil- kecil kemudian letak sedikit air panas dan celur sekejap. Kemudian toskan.
  2. Letak mayonis & sedikit susu segar untuk hilangkan sedikit rasa masam mayonis tu. Gaul-gaulkan dan ketepikan.
  3. Rebus telur ayam 5 biji dan kupaskan kulitnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Badak Berendam. Antara kuih popular di Bazar Ramadhan.

Kemudian campurkan dalam mangkuk yang disediakan terlebih dahulu bahan-bahan berikut:

  • 1/2 cup tepung gandum.
  • 3 sudu besar tepung beras.
  • 3 sudu besar tepung bistari.

Sambung semula dengan langkah dibawah:

  1. Campurkan dengan sedikit air 3 bahan diatas dan biarkan adunan tadi pekat sedikit.
  2. Salutkan adunan tadi ke telur rebus.
  3. Angkat dan Golekkan telur rebus tadi dengan serbuk roti dan Goreng tenggelam dengan minyak yang banyak telur yang telah disalut tadi. Saya goreng dalam periuk kecik.
  4. Bila dah siap goreng, Angkat dan potong dua. Kemudian, letak adunan mayonis crabstick tadi. Dah siap.
Baca juga :  Cara untuk membuat Cucur Garing Rangup berserta Tips. Menu sarapan dan minum petang yang sempurna

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.