Bagi mereka yang suka makan daging, anda perlu cuba Daging Masak Cuka ni tau!

Bagi yang suka pedas, boleh try daging masak cuka ni. Resepi ni kak Has dah pernah post. Saja kongsikan semula. Ni kalau yang kaki pedas mungkin suka daging masak cuka ni. Nak masak pun senang je sebab jenis tak perlu tumis dan tak guna bawang. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Hasniza Hassan. Selamat mencuba.

Bahan-bahannya (untuk lebih kurang 2 kg daging):

  • Daging, yang sedapnya kalau dapat yang berlemak/ lidah/ perut/ tulang/ rusuk.
  • Cili kering kisar, gaul sampai tutup daging (dalam 2 senduk).
  • Serbuk lada hitam 1 sudu kecil.
  • Serbuk kunyit 2 sudu kecil.
  • 7 biji cili api kisar.

Semua diatas ni gaulkan sekali dengan daging.

  • Garam dan gula perang secukup rasa.
  • Dalam 10 sudu besar cuka tempatan atau cuka nipah atau sukatan cuka ikut sesedap rasa masam yang disukai.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gaulkan daging sekali dengan cili kering kisar, cili api kisar, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam. Gaul rata. Anggaran banyak cili kering kisar tu sampai menutupi daging.
  2. Campurkan air bersih dan didihkan atas api. Kacau biar tak hangit dan tambahkan air dari semasa ke semasa sampai daging empuk dan ada berkuah. Ni kak Has masak dalam 2 jam setengah. Kalau guna pressure cooker atau Noxxa rasanya boleh juga dan lagi cepat. Kak Has tak pernah try.
  3. Dalam 5-10 minit sebelum tutup api, masukkan dalam 10 sudu besar cuka tempatan atau nipah. Anggaran cuka ikut kesesuaian rasa masing-masing. Yang 10 sudu besar cuka ni anggaran untuk 2kg daging. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
  4. Alhamdulillah dah boleh dihidangkan. Daging masak cuka yang senang dimasak. Rasanya pedas tau tapi sedap makan dengan nasi panas-panas.
Baca juga :  Cara dan Resepi untuk membuat Punten Makanan Orang Jawa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.