Tengok gambar pun dah terbuka selera kan. Jom la kita buat Kurma Telur Rebus bersama kentang dan tauhu. Padu beb!

Dari kecik sampai la sekarang memang favourite kurma telur kuah pekat-pekat pedas, tabur kat nasi bagi kuah banjir. Memang sedap la. Gigit pula cili padi. Memang padu! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 8 biji telur direbus.
  • 8 sudu besar Serbuk kurma ditambah 1 sudu kecil serbuk sup dan ½ cawan air untu jadikan paste.
  • ½ biji bawang besar dihiris.
  • 2 cm halia dihiris.
  • 3 ulas bawang putih dihiris.
  • 8 tangkai cili padi merah.
  • 9 tangkai cili padi hijau.
  • 2 biji buah pelaga.
  • 2 kuntum Bunga cengkih.
  • 1 kuntum Bunga lawang.
  • 1 batang kayu Manis.
  • 1 helai daun pandan disimpul.
  • 1 kiub Knorr ayam.
  • 2 sudu besar santan kotak.
  • 1 hingga 1 ½ cawan air.
  • Kentang 1 biji dipotong dan digoreng.
  • Tau Kua atau tauhu 1 ketul besar dipotong dan digoreng.
Baca juga :  Resepi Ayam Goreng Berlado

Bahan-bahan kisar:

  • 5 biji bawang merah.
  • 4 biji bawang putih.
  • 5 tangkai cili kering.
  • Kisarkan sehingga lumat.

Cara-cara untuk memasak:

  1. Tumiskan buah pelaga, Bunga cengkih, Bunga lawang, kayu Manis, bawang putih, halia dan daun pandan. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan bawang merah. Masak sehingga sedikit keperangan.
  3. Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan bancuhan rempah kurma. Masak sehingga rempah masak . Masukkan cili padi.
  5. Kemudian, masukkan air dan santan. Akhir sekali, masukkan kentang, tauhu, telur dan kiub ayam.
  6. Gaul sebati dan biarkan ianya masak seketika. Masukkan garam jika perlu.
Baca juga :  Resepi Ikan Selar / pelbagai ikan lain untuk dimasak Kukus Limau yang menyegarkan dan sedap

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.