Cara untuk membuat Mee Goreng Basah paling padu dan bakal menjadi kesukaan anda sekeluarga!

Menu wajib kalau suami shima ada kat rumah. Dia memang suka sangat makan mee goreng basah terutama kalau kuah tu agak banyak dan melekit2. Mee Goreng Basah Kuah Melekit-lekit kesukaan keluarga kecilku. Portion untuk 3 orang dewasa. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hashimah. Terima kasih.

Bahan Bumbu asas:

  • 1 Bawang merah besar.
  • 3 biji bawang putih.
  • 2 sudu makan cili kisar (boleh lebihkan).
  • 5 sudu makan cili sos.
  • 2 sudu makan sos tiram.
  • 4 sudu makan kicap manis.
  • 1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan air setengah gelas).
  • Tomato setengah biji potong dadu.

Bahan-bahan tambahan. Terpulang bahan apa yang anda ada:

  • Udang dan Sosej 1 batang.
  • Fishball 4 biji dam Fishcake 1 batang.
  • Tauhu kering 2 biji dan Tomato hiris setengah biji.
  • Cili merah hiris 1 biji dan Lobak hiris panjang setengah batang.
Baca juga :  Resepi Mee Goreng Ketagih

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumis bawang yang sudah di tumbuk. Masukkan cili kering dan tumis hingga agak pekat warnanya. Masukkan pula tomato dan tumis hingga layu dan hancur.
  2. Masukkan semua sos, gaul-gaulkan dan masukkan semua bahan sampingan kecuali mee, sayur berdaun dan apa-apa bahan yang cepat layu. Masukkan 2 gelas air, dan bancuhan tepung jagung tadi kedalam kuali masakan.
  3. Perasakan gula garam dah dah siap kuah untuk mee basah kita.
  4. Bila semua orang dah ready nak makan, baru ceduk kuah dalam kuali dan masukkan mee dan sayuran hijau. Panaskan, hingga sebati mee dengan kuah. Sedia utk di hidang.
Baca juga :  Cara untuk membuat Bebola Ubi Keledek Ungu / Oren. Paling popular di Cameron Highlands.

Untuk semua jenis mee. Saya suka tomato di tumis dahulu, rasanya berbeza dengan sekadar di gaul mesra bersama mee dan sayuran lain. Oh sebelum terlupa, ni jugak adalah trick saya dalam penyediaan mee goreng basah. Sebelum tutup api, saya akan perah sebiji/setengah biji limau nipis dalam sekuali mee. Jangan risau, rasa masam tu tak rasa sangat pun, cuma kuah akan rasa lebih UMMMPHHH!! Cubalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.