Nasi Briyani Ayam Lembut dan berjus! Resepi yang pastinya anda akan puas hati dengan kesedapanya!

Mesti ada penggemar Nasi Briyani Ayam Sorok dalam ni kan. Sedapnya la hehehe. Kali ni kami nak kongsikan kepada anda resepi dan cara untuk membuat Nasi Briyani yang dikongsikan oleh Puan Nuryusra Ibrahim Kutty. Terima kasih.

Bahan-bahan yang digunakan untuk perapan:

  • 1 ekor ayam.
  • 2 sudu besar serbuk kunyit.
  • 2 sudu besar serbuk cili.
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam.
  • 4 sudu besar yogurt original.

Perap sebentar kesemua bahan di atas dan ketepikan.

Bahan yang diperlukan untuk menumis:

  • 4 sudu besar minyak sapi.
  • 4 sudu besar butter/planta.
  • 4 sudu besar rempah briyani.
  • 5 biji bawang besar dihiris.
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk.
  • 2 inci halia ditumbuk.
  • 2 tangkai cili hijau.
  • 6 tangkai cili padi.
  • 4 biji buah tomato.
  • 10 hingga 20 biji gajus & kismis.
  • 3 helai daun salam.
  • Kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang.
  • Daun pandan, Daun ketumbar dan Daun pudina.
  • Garam secukupnya.
  • 4 pot beras basmathi dan 6 pot air. Rendam beras selama lebih kurang 20 hingga 30 minit.
Baca juga :  Cara buat Spagetti Aglio Olio versi paling mudah. Sesuai untuk jamuan dan potluck!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan minyak sapi dan butter. Kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing.
  2. Masukkan 4 sekawan sekawan, daun salam, daun pandan dan gajus serta kismis. Kacau seketika.
  3. Kemudian masukkan pula tomato, cili hijau, cili padi dan garam secukupnya.
  4. Masukkan rempah briyani dan ayam yang telah diperap tadi dan kacau hingga semua bahan tadi sebati dan sekata.
  5. Setelah siap tutup api dan masukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
  6. Tabur daun ketumbar dan daun pudina di atas.
Baca juga :  Ikuti cara ini untuk membuat Nasi Beriyani Sedap yang pasti jadi!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.