Pernah Makan Ikan Merah Masak Cuka? Kalau Belum Ini Cara Untuk Membuatnya Dan Semestinya Berbaloi-Baloi.

Memang ramai yang suka masakan nih. Tapi teragak-agak nak masak. Mungkin sebabnya risau terlebih masam atau terkurang masam dan terlebih masin. Nampak simple masakan nih kan. Tapi percayalah sedap sangat tau. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kilogram potongan ikan merah.
  • 3-4 sudu besar cuka masakan.
  • 10 batang cili padi merah.
  • ½ biji timun dipotong.
  • 1 Biji tomato dibelah 6.
  • 1 sudu besar biji sawi.
  • 1 Biji bawang besar dipotong bulat.
  • 3 ulas bawang putih dihiris.
  • 2 cm halia dihiris.
  • 1 batang serai diketuk.
  • ½ sudu kecil garam.
  • 400-500ml air.
  • 1 sudu serbuk perasa Knorr atau Secukup Rasa Maggi.
  • ¼ sudu kecil serbuk kunyit.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Sardin bersama telur yang membuka selera anda.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Ikan dicuci bersih dan direndam sebentar bersama air garam. Kemudian, bilaskan dan lumur bersama garam dan kunyit kemudian gorengkan ikan seketika.
  2. Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan masukkan biji sawi dan masak sehingga biji sawi meletup-letup. Kemudian, masukkan halia, bawang putih dan serai. Masak sehingga sedikit keperangan dan naik bau.
  3. Masukkan pula bawang merah bersama cili padi merah. Tumis seketika.
  4. Seterusnya, masukkan cuka, air, serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa mengikut selera kita yang kehendaki.
  5. Akhir sekali, masukkan ikan merah yang telah digoreng tadi, timun dan tomato. Renehkan seketika sehingga puas hati. Boleh padamkan api dan siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Resepi Apam Pisang lembut dan penuh dengan rasa yang mengasyikkan. Setiap gigitan pasti berbaloi!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.