Dari kecik sampai la sekarang memang favourite kurma telur kuah pekat-pekat pedas, tabur kat nasi bagi kuah banjir. Memang sedap la. Gigit pula cili padi. Memang padu! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Terima kasih.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 8 biji telur direbus.
- 8 sudu besar Serbuk kurma ditambah 1 sudu kecil serbuk sup dan ½ cawan air untu jadikan paste.
- ½ biji bawang besar dihiris.
- 2 cm halia dihiris.
- 3 ulas bawang putih dihiris.
- 8 tangkai cili padi merah.
- 9 tangkai cili padi hijau.
- 2 biji buah pelaga.
- 2 kuntum Bunga cengkih.
- 1 kuntum Bunga lawang.
- 1 batang kayu Manis.
- 1 helai daun pandan disimpul.
- 1 kiub Knorr ayam.
- 2 sudu besar santan kotak.
- 1 hingga 1 ½ cawan air.
- Kentang 1 biji dipotong dan digoreng.
- Tau Kua atau tauhu 1 ketul besar dipotong dan digoreng.
Bahan-bahan kisar:
- 5 biji bawang merah.
- 4 biji bawang putih.
- 5 tangkai cili kering.
- Kisarkan sehingga lumat.
Cara-cara untuk memasak:
- Tumiskan buah pelaga, Bunga cengkih, Bunga lawang, kayu Manis, bawang putih, halia dan daun pandan. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan bawang merah. Masak sehingga sedikit keperangan.
- Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak.
- Apabila sudah pecah minyak, masukkan bancuhan rempah kurma. Masak sehingga rempah masak . Masukkan cili padi.
- Kemudian, masukkan air dan santan. Akhir sekali, masukkan kentang, tauhu, telur dan kiub ayam.
- Gaul sebati dan biarkan ianya masak seketika. Masukkan garam jika perlu.
Selamat mencuba.