Resepi Kesukaan anak-anak. Sup Telur Hancur yang akan membuka selera anda.


Resepi Sup Telur Pecah. Resepi ini saya sentiasa buat untuk membuat selera sebelum makan. Biasanya sup ni akan habis dahulu. Sedap dia jangan cakap la. Anda semua cuba dahulu ya. Terima kasih kepada Puan Mastura Brahim dan Page Koleksi Resepi Dan Petua Masakan Siim.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Sedikit Bawang besar dipotong dadu.
  • 10 batang Jejari ketam.
  • Cendawan butang secukupnya.
  • 5 sudu besar Jagung dalam tin.
  • Isi ayam direbus dahulu kemudian disiat halus isinya. Jangan buang air rebusan ayam ni ye.
  • 2 hingga 3 biji telur ayam.
  • 1 ketul kiub pati ayam.
  • Sedikit tepung jagung. Untuk pekatkan kuah dan gaulkan dengan sedikit air.

Semua bahan tadi boleh diubahsuai mengikut kesukaan. Kalau nak banyak ketam bubuhlah ketam banyak. Jika nak cendawan banyak bubuhlah banyak cendawan. Tapi saya suka bubuh jagung tu yang banyak.

Baca juga :  Cara untuk membuat Udang Goreng bersalut Nestum yang sangat sedap dan rangup.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Air rebusan ayam tadi digunakan semula. Kalau kurang air, boleh tambahkan lagi air secukupnya.
  2. Panaskan air rebusan sehingga menggelega dan mendidih.
  3. Selepas itu masukkan bawang besar. Biarkan seketika baru masukkan ayam dan kiub pati ayam bersama cendawan dan kacau.
  4. Masukkan pula telur. Sambil tuang telur sambil gaul ya.
  5. Masukkan perasa. Jika nak tambah garam, ajinomoto dan gula boleh ikut kesukaan anda.
  6. Masukkan jejari ketam dan jagung. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang sudah digaulkan dengan air tadi. Kacau dan gaul bagi sebati.
  7. Jika kuah sup tidak pekat bolehlah ditambahkn lagi dengan tepung jagung. Kacau sehingga masak.
  8. Siap untuk dihidangkan. Jangan lupa untuk seimbangkan rasa semua ya. Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Goreng Tomyam yang sedap dan menarik

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.