Jom buat Kuning Telur Masin dengan Telur Ayam Pencen. Sangat sedap dan jimat kos!

Cara untuk membuat Telur Kuning Masin Ayam Pencen. Mudah untuk disediakan penggemarnya! Buat guna telur ayam pencen. Memang telur dia tak ada putih, tak ada kulit. Ada kuning ni je. Dia tak pecah sebab dia ada selaput. Jom kita buat mengikut cara yang telah dikongsikan oleh PuanHamidah Abdul Aziz ini. Selamat mencuba.

Cara-caranya:

  1. Gunting buang semua tangkai telur yang ada melekat pada telur ayam pencen. Cuci dalam penapis kemudian tapiskan dulu.
  2. Masukkan telur tu dalam balang dan masukkan garam halus. Goncang-goncang manja bekas bagi garam rata.
  3. Biarkan je dua tiga jam kat luar. Kemudian, rebus la sebiji tengok ok dah ke masinnya. Kalau tak ok boleh tambah garam.
  4. Kalau dah ok boleh basuh dan tos kemudian masuk dalam balang. Tak basuh pun tak apa tapi tuang atau buang air
    Garam dari dalam balang tu, Kalau tak nanti masin sangat dan tak boleh makan pula.
  5. Simpan dalam peti ais bawah. Bila nak makan baru rebus macam biasa.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Kentang Penyek Cheese Bakar. Kena buat banyak tau sebab confirm tak cukup sebiji!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.