Ayam rica-rica adalah hidangan ayam panas dan pedas Indonesia. Ia terdiri dari ayam yang dimasak dengan cili padi merah dan cili padi hijau pedas. Asal hidangan ini adalah dari masakan Minahasan Sulawesi Utara.
Bagi yang mengemari pedas, boleh cuba dan rasa sendiri masakan nih. Masakan ni dah menjadi kegemaran saya sekeluarga. Terima kasih Puan Nurul Ateekah kerana berkongsi resepi sedap ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1 kg ayam dipotong atau 9 ketul paha ayam.
- 15 keping daun limau purut dibuang tangkai tengah.
- 1 helai Daun pandan muda dipotong.
- 1 batang serai dikatok.
- 4 biji bawang merah dihiris.
- 3 biji bawang putih dihiris.
- Daun salam 2 helai.
- 100ml air.
- Garam (jika perlu).
- 1 kiub ayam.
Bahan yang perlu dikisar:
- 2 biji buah keras.
- 2 cm kunyit.
- 2 cm halia.
- 1 biji tomato.
- ½ sudu kecil serbuk lada putih.
- Bawang merah 5 biji.
- Bawang putih 3 ulas.
- 15 batang cili padi.
- 3 batang cili merah.
Cara-cara untuk memasak:
- Ayam digoreng sehingga masak. Minyak ayam yang telah digoreng tadi ambil ½ cawan dan gunakan kembali untuk menumis serai sehingga naik bau.
- Masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis kembali sehingga layu kemudian baru masukkan bahan yang dikisar tadi. Masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan daun pandan, daun salam dan daun limau purut. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng diikuti dengan kiub ayam dan air.
- Masak sehingga kuahnya sedikit kering. Sesuaikan rasa mengikut kehendak anda. Bila dah puas hati boleh tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.