Resepi dan cara membuat Karipap Pusing yang rangup dan gebu! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Tahrunnisah Jali.
Doh A (Minyak):
- 1 1/2 cawan tepung gandum.
- 2 sudu besar tepung jagung.
- 2 sudu besar shortening.
- 2 sudu besar marjerin/butter.
- 1 sudu besar minyak masak.
Uli sebati dan perap dlm peti ais 15 minit.
Doh B (tepung):
- 2 cawan tepung gandum.
- 2 sudu besar tepung beras.
- 2 sudu besar tepung jagung.
- 1/4 cawan minyak masak yang dipanaskan.
- 1 cawan air sejuk dr peti ais atau air biasa tambah ais.
- 1 sudu kecil garam.
- dan sedikit gula.
Uli sebati dan perap dlm peti ais selama 15 minit.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Bahagikan Doh A kepada 6 bahagian dan Doh B pada 6 bahagian juga. Bulat Bulatkan doh.
- Ambil Doh minyak (A) letak diatas Doh Tepung (B) yg telah dileperkan seperti gambar .Tutup adunan dan bulatkan doh tersebut.
- Bulatkan kesemua doh. Dan biarkan selama 10 minit.
- Leperkan/Gelekkan adunan memanjang dan renjis atau sapu dengan sedikit air tujuan utk gam. Gulung kembali doh tadi.
- Setelah di gulung leperkan / gelek kembali adunan dan sapu dgn sedikit air pada permukaan adunan dan gulung kembali.
- Potong adunan kepada 6 atau 7 bahagian.
- Ambil 1 keping adunan dan leperkan. Taruk inti dan kelim tepi karipap.
Dah siap dan boleh goreng sehingga masak. Selamat mencuba.