Resepi Bihun Goreng Tomyam yang akan buat akan makan bertambah-tambah.

Hari ni no nasi. Lepas solat asar terus goreng BIHUN GORENG TOM YUM utk makan tengahari merangkap minum petang kami. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 bungkus bihun – rendam hingga lembut.
  • 6-7 ulas bawang putih**.
  • 5 biji cili padi**.
  • 3 sudu besar pes tom yum.
  • 2 sudu besar cili kisar.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 1 sudu besar sos ikan.
  • Kobis dan carrot.
  • 1 ikat sawi.
  • 3 helai daun limau purut – dikoyak-koyak.
  • Isi ayam, udang dan sotong (saya letak ayam jer).
  • 1 cawan air.
  • Garam dan sedikit gula.
  • Minyak untuk menumis.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak tumis bahan-bahan bertanda ** yang ditumbuk kasar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan pes tom yum. Tumis lagi.
  3. Masukkan isi ayam masak hingga empuk diikuti udang dan sotong.
  4. Masukkan garam, gula, sos ikan dan sos tiram. Masukkan air. Biarkan mendidih
  5. Masukkan bihun, sayuran dan daun limau purut. Gaul rata hingga semua lembut masak sekata.
  6. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.
Baca juga :  Cara untuk membuat Bihun Goreng Kampung yang menggamit kenangan lama anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.