Kaedah dan cara buat Kulit Karipap yang rangup dan tahan lama.

Kadang-kadang malas nak buat, terasa nak makan karipap kita beli je senang cerita kan. Tapi bila datang mood rajin nak buat sendiri memang puas hati dapat sediakan banyak biji. Nak jamu kepada jiran pun senang hati. Kalau ada lebih kita frozenkan je. Saya suka kulit karipap berjerawat macamni sebab terbukti sedap. Jom cuba kaedah saya buat kulit karipap ni. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Qasih Jue Aisya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Sekilo tepung gandum.
  • 3 sudu besar tepung beras.
  • 3 sudu besar planta/ majerin.
  • 2 senduk kecil minyak masak (panaskan).
  • 1 sudu kecil air kapur.
  • Sedikit garam halus.
  • Sedikit AIR SEJUK (ais). Air nie saya agak-agak saja ikut kelembutan doh.
Baca juga :  Resepi mudah untuk membuat Ayam Goreng Mangga Muda bersama sosnya yang sedap. Terbaik untuk cicahan anda.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan tepung gandum ,tepung beras, garam, planta/majerin dan air kapur dalam 1 bekas.
  2. Panaskan minyak masak, kemudian tuang ke dalam adunan tepung tadi. Kacau dengan senduk ye. Hati-hati sebab panas. Bila tepung dah jadi macam serbuk roti, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sampai doh menjadi lembut elok.

Petua:

  • Sebelum klim karipap, sapu air keliling karipap kemudian klim tekan kuat sikit yer, in shaa Allah nanti goreng tak terbuka. Cara saya macam tulah. Nak karipap bejerawat pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan dalam tepung adunan, masa bancuhan awal.
  • Inti buat macam biasa. Rempah daging, ubi kentang, daun sup, daun kari dan isi ayam. Selamat berkaripap semua.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Terung Pipit atau terung belanda yang mengamit memori anda sekeluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.