Cara membuat Lempeng Gebu. Cicah dengan Kuah Kari memang merecik!

Alhamdulillah, lempeng gebu done. Cicah dengan leftover kuah kari ayam memang merecik. Yang pasti kenyang dan puas hati. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Sharinaz Redwan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 cawan tepung gandum.
  • 1 pek mauripan.
  • 4 sudu besar gula.
  • Sedikit garam pink.
  • 2 biji telur.
  • Air secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campur semua bahan kering, gaul rata.
  2. Masuk telur, air sikit-sikit, uli sampai jadi adunan tak pekat sangat, tak cair sangat. Agak-agak boleh melempeng. Perap 20 minit.
  3. Gris minyak atas pan, dah panas boleh melempeng.
  4. Tak payah tekan-tekan, biar je dia masak atas pan tu diam-diam, alih, angkat.
Baca juga :  Teringin nak makan Bengkang Gula Merah Tak? Ini resepi dan cara untuk membuatnya!

Sedap sangat tau, cicah dengan sambal bilis pun woww.Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.