Rahsia dan tips agar Cili Kisar kita tahan lama dan bertekstur halus gebu!

Rahsia dan tips agar Cili Kisar kita tahan lama dan bertekstur halus gebu! Boleh tahan lebih kurang 3 minggu dalam peti ais. Tips ni memang saya tak pakai minyak masak sebab nanti bila menumis banyak minyak sangat dekat masakan. Yang penting bila kita tumis cili tu, bau wangi sangat. Cara ni telah dikongsikan oleh Puan Ya Norma. Jom!

nampak tak hasilnya? Cili tu mcam agar-agar kan bentuk dia? Ok, yg ini selepas saya letakkan dalam peti sejuk setelah beberapa jam. Memang tekstur cili kisar akan jadi bentuk lembut mcam agar-agar. Follow pic bawah ya untuk step mula sampai siap.

1. Gunting cili besar nipis-nipis untuk senang keluarkan bijinya. Saya gunting nipis dan serong.

2. letakkan cili yang digunting tadi tu ke dalam bekas penapis jarang-jarang macam ni. Ketuk-ketuk sikit penapis tu bagi biji cili keluar.

3. kemudian basuh cili yang digunting tadi tu dengan air paip. Kemudian letakkan dalam bekas untuk direbus cili tu.

4. Rebus sehingga mendidih ya guna api dapur sedehana saja. Sebab nanti kalau api kuat, air mendidih tu menggelegak jatuh ke bawah.

5. Biarkan mendidih seketika. Tips saya, saya letakkan senduk tak bagi air menggelegak jatuh ke bawah.

Baca juga :  Cara mudah untuk mencuci mesin basuh

6. Ok dah selesai tutup api dapur, tapis balik cili tadi tu kedalam penapis ni semula.

7. Ini penting. kemudian korang basuh cili tu dengan air paip bersih-bersih sampai HILANG warna air basuhan cili tu. Ala kalau korang tengok air basuhan dah jadi warna putih merah sikit tu maknanya dah cuci betul dah tu. Jangan pula korang tunggu smpai warna air jadi putih, memang tak putih la sebab yang korang basuh tu cili berwarna merah. Dah settle basuh, korang letak dalam blender yer.

p/s : Tips basuhan ini penting tau, ini untuk mengelakkan cili rebus dari bau hapak.

8. Haaa ini lah rahsianya, sebiji BAWANG BESAR. Dengan kuasa bawang aku menghukum mu. Masukkan sebiji bawang ke dalam mesin blender. Potong-potong besar dulu ya. Jangan ler masukkan seketul besar tu pulak. Ikut suka korang la nak letak bawang holland ke bawang besar biasa. Kalau saya memang saya letak bawang holland sebab saya suka bau manis bawang dia tu bila kita menumis.

9. Kemudian masukkan air bertapis ke dalam mesin blender tu. Agak-agak paras cili tu sudah la air. Nanti bila dah blend sekali bawang, memang jadi likat elok. Kali ni cili kisar saya buat tak banyak, kalau cili tu paras setengah blender, saya letak bawang dalam 2 biji besar.

Baca juga :  Petua dan Ikhtiar untuk menghilangkan keletihan badan

10. Taraaaa ini lah hasil blender nya. Tak banyak pun sebab stok cili dah habis dah kat rumah sebab itu lah sikit saja.

11. Nampak tak halus gebu je hasil blender ni.

12. Settle masak sambal sotong. Hihihi jemput makan ya. Selamat Mencuba dan semoga bermanfaat.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.