Resepi sedap untuk membuat Puding Kastad Berlapis. Pencuci mulut yang sedap dimakan sejuk-sejuk.

Raikan permintaan Anak bongsu saya, kelmarin dia mnta sya buatkan puding warna warni nak macam pelangi katanya. So ibu buatkan untuk dia Puding Kastad Berlapis, guna pewarna yang mana ada saja. Saya share resepinya oleh Qasih Jue Aisya. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 25gm agar-agar tali.
  • 4 cawan air.
  • 1 cawan gula.
  • 100gm mentega.
  • 4 biji telur – ambil merahnya sahaja.
  • 1 tin susu cair.
  • 1 sudu kecil asen vanila.
  • 3 sudu besar rata tepung kastad – bancuh dengan sedikit air.
  • Pewarna merah, hijau dan biru.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masak Agar-agar dengan 4 cawan air sehingga agar-agar hancur, Kemudian masukkan gula.
  2. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
  3. Masukkan susu cair dan campuran tepung kastad. Kacau hingga sebati. Masukkan campuran ini ke dalam agar-agar yang telah mendidih dan kacau rata, jika nampak adunan agak sedikit pekat, tambah sedikit air, agak-agak je sukatannya.
  4. Bahagikan adunan agar-agar kepada 4 bahagian, 3 bahagian letak perwarna yang berlainan iaitu merah, hijau dan biru sementara 1 bahagian lagi dibiar dengan warna asal.
  5. Sediakan loyang, masukkan separuh adunan yang berwarna asal. Tunggu sehingga lapisan itu sedikit keras, baru masukkan bahagian yang berwarna hijau. Kemudian warna bahagian seterusnya merah dan biru. Lapisan atas sekali, letak warna asal yang lebihan tadi.
  6. Sejukkan di dalam peti sejuk kemudian bolehlah keluarkan dari acuan. Dah siap.
Baca juga :  Cara membuat Kuih Lompang Jagung. Lembut sesuai menu minum petang anda!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.