Terasa nak makan ayam masak kicap 3 budak gemok viral tu. Tapi tu la nak turun KL macam malas ja. Penyudahnya godek-godek resepi dalam Google maka terhasil la resepi yang kami dapat dari sumber kak faa ni. Thanks pada yang punya resepi. Buat Siapa-siapa yang teringin nak makan ayam kicap viral 3 budak gemok ni boleh la follow resepi ni, yang ni kami ada buat penambahan dari resepi asal.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (cuci bersih, toskan air)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 3 inci halia (tumbuk)

Semua bahan di atas ni gaul rata dan perap sekejap

  • 2 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Semua bahan di atas ni di blend halus

  • Minyak masak secukupnya
  • 1 cawan daun kari
  • Sedikit air
  • 2 sudu rempah kari ayam daging
  • 1 sup bunjut
  • Kicap manis secukup rasa
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 2 asam keping
  • 1 sudu besar Serbuk pati ayam or boleh jugak letak 1 kiub pati ayam

Cara-Cara:

  • Gaul ayam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng hingga garing.
  • Buang sedikit minyak goreng ayam tadi. Panaskan minyak semula. Kisar bawang-bawang, dan halia dengan sedikit air.
  • Masukkan daun kari dalam minyak yang panas tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing.
  • Masukkan sup bunjut & serbuk kari. Kacau hingga garing. Tambah air dan asam keping.
  • Masukkan sos tiram, kiub pati ayam dan semua kicap. Kacau sampai mendidih. masukkan ayam goreng dan kacau sampai semua masak sebati

Sumber: ‎Naura Alexander Mikhail‎