Resepi Ayam Masak Kicap Ala Mamak yang sebijik rasa macam lauk di kedai!

Di maghrib yang mulia ini marilah kita masak-masak gais. Seperti biasa masih masakan Melayu campur Korea. Haha, yelah kicap-kicap ini kira kpop la kan. Ada pula pakai rempah, ah sudah lantak. Haha. Ok jom.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Khairul Hakimin Muhammad. Terima kasih.

Bahan-bahannya ialah:

  • 1 ekor ayam dipotong kecil.
  • 2-3 sudu besar serbuk kunyit.
  • Kicap pekat Jalen beberapa sudu.
  • Kicap manis Kipas Udang beberapa sudu.
  • 1 sudu kecil ketumbar.
  • 1 sudu kecil lada hitam.
  • 5 ulas bawang merah dihiris
  • 2 batang kayu manis.
  • 2 kuntum bunga lawang.
  • 1 tangkai daun kari.
  • Sedikit gula kabong / gula Melaka.
  • Sedikit garam.

Bahan-bahan kisar (kisar dengan air dan tambah sikit dalam 4-5 sudu minyak masak).

  • 15 ulas bawang merah kecil.
  • 2 inci kunyit hidup.
  • 3 biji cili merah besar.
  • 3 sudu besar cili boh.
  • 1 batang serai.
  • 2 inci halia.
  • 1 sudu kecil biji ketumbar.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Bakar Peri-peri Jakarta yang enak tak terperi sedapnya!

Cara-cara untuk membuatnya adalah seperti berikut:

  1. Basuh bersih ayam. Masukkan dalam besen biru. Kemudian tabur serbuk kunyit dan sedikit garam. Gaul dengan tangan supaya nampak bukti kita memasak. Hehe.
  2. Goreng ayam tersebut ya. Dah masak, buh tepi. Sorok supaya tak diambil suami. Dalam kuali lain, gunakan minyak goreng ayam tadi. Panaskan lagi sekali.
  3. Tumis bawang merah kecil. Masukkan kayu manis, ketumbar, lada hitam, bunga lawang. Tumis sampai baunya naik ke tingkat atas.
  4. Masukkan bahan tumis tadi dan tumis sampai pecah minyak. Masukkan daun kari. Sori lupa patutnya masuk time tumis bawang hahahaha.
  5. Masukkan kicap. Kau kena masukkan kicap sikit sikit tau. Kacau, belum hitam, masuk lagi. Jenis tak sabar lantak kau nak letak banyak mana. Kemudian, masukkan gula kabong dan garam.
  6. Masukkan ayam goreng tadi. Kacau lagi. Siap! Buh dalam bekas. Siap untuk dihidang.
Baca juga :  Cara untuk membuat Tomyam Santan Lemak Berkrim yang terlalu sedap. Anda pasti akan mempercayainya selepas mencuba.

Selamat mencuba eberibodi!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.