Macamni rupanya nak buat Puding Karamel Tanpa Telur. Berbaloi untuk dicuba!

Ini dia resepi puding karamel tanpa telur yang mudah dan cepat hasil perkongsian Puan Mimiey Zuhaa. Yang seronoknya, ia tak perlu dikukus pun! Yang tak boleh makan pun mesti boleh makan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan gula karamel:

  • ¼ cawan gula
  • 3 sudu besar air

Bahan puding:

  • 1 paket agar-agar (10gm)
  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • ½ cawan susu pekat
  • ¾ cawan gula (kalau nak manis lagi letak 1 cawan)
  • 3 sudu tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanila.
Baca juga :  Resepi Sambal Tumis Kerang yang menyelerakan.

Jom kita tengok cara-cara membuatnya pula:

  1. Buat Gula Karamel. Mula-mula, kita panaskan gula dan air di dalam periuk dengan api perlahan. Tunggu sehingga gula keperangan dan kacau hingga rata. Inilah gula karamel. Bila dah siap, tuangkan ke dalam loyang /acuan dan ketepikan dulu.
  2. Masak Puding. Dalam satu periuk lain, satukan kesemua bahan untuk puding dan masak atas api perlahan. Tunggu sampai ia larut dan tidak berketul. Bila adunan dan agak pekat, boleh tutupkan api.
  3. Tapis. Seterusnya, tapis adunan puding dan masukkan ke dalam loyang berisi karamel tadi.
  4. Sejukkan. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau hingga adunan puding mengeras. Bila dah keras, beginilah hasilnya. Geram tengok, kan?
Baca juga :  Cara untuk membuat Lasagna Roti yang sangat padu dan mengenyangkan. Selamat mencuba!

*Resepi asal puding karamel tanpa telur ini disumbangkan oleh Puan Mimiey Zuhaa melalui Facebook Group Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.