Ayam Goreng Berlado, resepi yang mudah je nak sediakan. Rasanya sangat sedap dan memang boleh bertambah-tambah kalau makan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ayam, perap dgn kunyit+garam. Kemudian goreng hingga garing.
  • Bahan dibawah perlulah dikisar:
  • Bawang merah bombay 1 biji.
  • Bawang putih 2 ulas.
  • Cili merah 15 batang.
  • Cili padi hijau 10 batang.

Kalau nak buat banyak, cili pun kena banyak juga ya. Jangan risau tak pedas pun.

Cara untuk membuatnya:

  1. Gunakan minyak yang sama menggoreng ayam tadi, kurangkan sedikit dan tumis bahan-bahan kisar hingga terbit minyak.
  2. Kalau kurang minyak, tambah lagi. Pastikan terbit minyak ok.
  3. Masukkan garam, sedikit gula dan 1/2 inci asam keping. Asam keping jangan banyak nanti masam pula.
  4. Kemudian masukkan ayam dan bawang yang dihiris. Kacau hingga bawang layu. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nana Sabrina Sarsan. Terima kasih.