Tengok gambar pun dah kecur dah ni. Jom la kita buat Ikan Kembung Rebus Air Asam ni cepat!

Ikan kembung rebus air asam. Tengok gambar pun dah kecur air liur. Jom cuba untuk makan harini jom. Kami kongsikan kepada anda resepi untuk membuatnya. Selamat mencuba.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan kembung rebus dengan asam keping, garam. Air tak perlu banyak. Jangan tenggelamkan ikan.
  • Cili padi segenggam, asam jawa. Gaul dulu dengan air suam. Tambahan perasa Maggie 1 sudu, gula 1 sudu, garam 1/2 sudu dan belacan dalam suku, Kisarkan kesemuanya.
  • Tomato 2 biji dipotong dadu.
  • Bawang besar 2 biji dipotong dadu.
  • Cili merah 2 tangkai dipotong senget.
  • Limau kasturi 7 biji di belah 2.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Selayang / Ikan Sardin Rebus Goreng yang membangkitkan selera anda.

Cara membuatnya:

  1. Jangan terlalu lama rebus ikan. Agak-agak mendidih terbalikan pelan-pelan.
  2. Letak dalam bekas. Susunkan dan curahkan air asam yang dikisar tadi.
  3. Letak bahan yang di potong dadu. Perah sikit limau kasturi dan tabur dalam ikan tu. Inshaallah bertambah-tambah makannya nanti.

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurhaniza Kamaruddin. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.