Resepi untuk membuat Aiskrim Vanilla Oreo Ala-ala McFlurry. Selamat mencuba!

Aiskrim homemade by Cik Puan Hasnah kembali lagi semua. Kali ni perisa vanila oreo ala-ala Oreo McFlurry gitu. Anak cakap rasa macam cheese cake pula. Jom la kita semua cuba time PKP ni. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 tin susu cair.
  • 3 sudu besar susu pekat.
  • 2 sudu besar ovalet.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
  • 1 pack biskut oreo.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan je kesemua bahan-bahan diatas kecuali biskut Oreo.
  2. Blendkan dalam blender selama lebih kurang 10 hingga 15 minit.
  3. Kemudian masukkn bahan-bahan tadi dalam bekas barulah dicampurkan bersama biskut Oreo yang telah dihancurkan.
  4. Akhir sekali, taburkan biskut Oreo diatasnya pula. Masukkan dalam freezer selama 1 malam. Dah siap!
Baca juga :  Resepi dan Cara untuk Membuat Nasi Kabsah Kambing atau Ayam. Kesedapan dia memang takleh dinafikan!

Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.